Tuesday, August 4, 2009

Penyusuan Susu Ibu

**Saya bukan Pakar Laktasi..hanya mengambil fakta2 ini dari laman2 yg tersedia..harap maklum..

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu secara ekslusif (tanpa memberi air, minuman atau makanan lain) sejak lahir sehingga 6 bulan. Penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan sehingga 2 tahun atau lebih disamping memberikan makanan tambahan yang berkhasiat dari umur 6 bulan.

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)

1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi

  • Ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Mudah hadam
  • Sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi

  • Kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • Mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • Penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan

  • Sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • Rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. Bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
    bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • Susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • Susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • Bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • Susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • Makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun

Prelacteal Feeds

Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini.

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yang banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

  • Bayi tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya.
  • Bayi tidak akan mendapat kolostrum.

Ibu

  • Susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • Boleh menyebabkan bengkak payudara.
  • Sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu

Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi

  • Susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • Susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • Susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • Susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • Perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • Yakini diri anda,anda boleh menyusui bayi anda

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

  • Anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • Membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
  • Mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi

  • Susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • Sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • Penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • Biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.

Rujukan : Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Monday, August 3, 2009

Selamat Pengantin Baru Umi..




Last week g kenduri kahwin Umi (sblh lelaki) kat Felda Palong..

Uihh..bunyi je kat N9 tapi makaihh jauh ehh...dokek ngan sempadan johor ngan pahang dah haa..ponek Mummy pangku Hafiya..xsmpi ati nk letak Hafiya kat baby seat kat blkg..

Sakit pinggang Mummy..Hafiya pon kemain lg..asyik nyusu n tido jer..bertambah sakitla pinggang mummy control duduk kasi Hafiya selesa :p

Dah la masa smpi sana tu leh tersalah umah..sbb ikut map mmg betul la jln tu..tp ada 3 kenduri plak dah kat area tu..tu yg leh tersilap tu..Dah siap salam sume dah..nasib baik xkasi hadiah ngan mkn dlu..klu x..maunye ade yg kena mntk balik hadiah sbb salah pengantin..hahaha..dahla pi konvoi ramai2..bleh sume blah ngan muka malu je..ape la malang :p

Smpi sana Mummy terus mkn..Daddy pon..cepat2 je mkn masing2 sblm Hafiya ngamuk..Mummy mkn bubur barli..sedap maaa...terus esoknye tu Mummy shopping beli barli sbb nak buat bubur barli..hahaha..tggu!!

Tgh ramai2 nak bergambar ngan pengantin..Hafiya ngamuk nk nyusu..i pon terus g kete..breastfeed Hafiya..lama giler..tau2 tgk Hubby dah dtg ke kereta..dah nak balik dah...Errmm.. :( i xsempat nak bergambar ngan pengantin..

Nasib baik Hubby ada amik gmbr sket..
Umi & Ejal..Selamat pengantin baru..Semoga diberkati Allah selalu..

Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu ibu Sedunia 1 ~ 7 Ogos 2009

Tgh breastfeed Hafiya
Hi guys..
Juz wanna wish Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu ibu Sedunia 1 ~ 7 Ogos 2009 to all mommies out there..especially to mommies yg breastfeed their baby..dengan ucapan..Kumpul EBM byk2 key..dah nak dekat puasa ni..Chaiyok..chaiyok!!!
So sempena mggu penyusuan ibu sedunia ni..sbg mummy yg bf my doter..i akan support dgn mengeluarkn entry2 yg berkaitan bf..berselangseli ngan entry yg biasa..

Ok guys..bubbye..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin